Followers

Tuesday, December 4, 2012

Hidup DiDunia.......Jahat atau BAIK.......

Saya cuma nak kongsi pengalaman saya pada akhir bulan 22hb November 2012 yang lepas.

Hari khamis pada jam lebih kurang 4.30 petang dihadapan Klinik Kanak-Kanak di Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara.

Aku baru saja menurunkan dua orang cucu untuk membeli minuman dan terus mencari tempat letak kereta.

Baru sahaja turun dan terus membuka pintu kereta belakang untuk menurunkan cucu seorang lagi..........tiba-tiba datang sebuah kereta Kenari berwarna Silver terus merampas bag tangan ku, aku tarik bag dan dia terus menarik bag ku dan terus naik kereta dan aku diserek lebih kurang 60 meter.

Aku kuatkan semangat menarik dengan kuat bag ku dan aku pun berteriak perompak.....perompak....perompak......lantas bag ku dilepaskan aku tersungkur dijalan raya. Dalam hati berkata (kenapa dia lepaskan....kalau dihadapan sedikit lagi bengkel kereta dan restoran mamak orang ramai dapatlah pertolongan orang). Mungkin dia ternampak orang berlari kearah ku.

Aku bangun ada dua tiga empat orang bertanya "kenapa kak" aku berkata bag ku nyaris diragut.
Kereta itu terus meluru kehadapan dan aku tidak sempat untuk mengambil nombor platnya atau mungkin dia gunakan nombor palsu.

Selepas itu aku berfikir kenapa tidak segera aku menangkap gambar kereta itu atau menelefon polis untuk membuat sekatan jalan raya di kawasan Kota Damansara.

Sebenarnya aku ketika itu telah didatangi rakan-rakan dikawasan itu bertanya khabar dan minta ku segerakan ke klinik kerana seluar ku terkoyak teruk disebelah lutut kanan dan waktu itu pun aku tidak terasa sakit. Tiba-tiba sahaja muka ku terasa pedih dan aku meraba muka ku rupa darah sudah keluar atas bibir ku dan bawah bibir ku.

Selepas itu aku terus menelefon anak ku dan terus ke Klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Selepas pulang kerumah aku bertanya kepada diriku kenapa aku tidak dapat menangkap mereka. Bermacam-macam soalan difikiran ku kenapa lelaki sanggup merompak perempuan seperti ku yang telah berusia.

Dunia ini luas banyak pekerjaan yang baik-baik untuk mendapatkan rezeki yang suci bersih dan halal.

Oleh hal demikian kita mesti berhati-hati menempuhi hidup yang penuh berliku ini tidak semua manusia baik dan tidak juga semua jahat.

Dalam dunia ini ada bermacam-macam ragam manusia samada kita memilih jalan ke NERAKA atau ke SYURGA.

No comments:

Post a Comment