Lama sudah tidak kedengaran lagu yang dinyanyikan oleh Waheeda Wassini "Bangun pagi gosok gigi...." iklan ubat gigi Safi di televisyen.
Tiba-tiba jam 5.55 petang tadi aku terdengar nyanyian tersebut. Aku tersenyum sendirian melihat iklan ubat gigi Safi kerana sudah lama aku tidak melihat gambar ku dikaca televisyen.
Aku masih ingat dua tahun lepas aku ditawarkan untuk iklan shampoo tetapi aku tidak pergi untuk ke skrin test kerana casting dibuat jauh di Ampang sana. Selepas itu aku menerima tawaran untuk ubat gigi Safi yang mana castingnya dibuat di Sri Damansara. Memandangkan masa yang sesuai dan tempatnya tidak berapa jauh aku pun menerima tawaran tersebut. Masa casting mengambi masa satu hari.
Aku cuba mendaftar ketiga-tiga cucu ku di agensi iklan. Faisal pernah ditawarkan untuk iklan susu bayi tetapi kerana kesebokan abahnya tawaran tersebut tinggal begitu sahaja. Nabila juga pernah di tawarkan untuk iklan Sunkist dan koko krunch tetapi juga tinggalkan begitu sahaja. Maklumkan sekolah baru sahaja dibuka dan Nabila baru sahaja memasukki darjah satu keletihan jelas kelihatan kerana baru sahaja masuk alam persekolahan.
Seronok juga masuk iklan ni, yalah daripada duduk terperok dekat rumah kesunyian. Bak kata pepatah" lama hidup banyak pengalaman dan jauh berjalan luas pandangan".
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya dulu pengguna tegar safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS.Produk baru yang betul-betul produk orang melayu dan islam kita. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!
ReplyDelete