Followers
Thursday, December 5, 2013
Bercuti Ke Beijing
Pada 17/11/2013 yang lalu aku bersama anak dan cucu bercuti ke Beijing. Pada mulanya kami memang merancang untuk bercuti ke luar negara dan tanpa disangka kami mengambil percutian di musim luruh(musim sejuk).
Sebelum pergi bercuti kami meninjau keadaan cuaca disana dan mendapat tahu musim sejuk pada bulan November tersangat sejuk hingga ke paras - 0 dan - 10 Celcius. Kami terpaksalah membeli baju sejuk dari pakaian sebelah dalam( thermal ) hingga ke pakaian luar. Begitu juga kasut yang sesuai agar tidak kesejukan disana.
Penerbangan ke Beijing terpaksa transit di Hong Kong dan barulah kami terus ke Beijing dengan mengambil masa penerbangan selama lebih kurang 6 jam.
Setiba di Beijing keluar dari kapal terbang cuaca sudah mulai sejuk terpaksalah memakai pakaian sejuk yang sudah kami sediakan sebelum penerbangan dari KLIA.
Sampai di Beijing lebih kurang 8.30 malam sama waktu dengan waktu di Malaysia. Kami terus dibawa makan ke Restoran Muslim di Beijing dan terus ke hotel untuk bermalam. Didalam hotel tiada aircond hanya pasang heater kerana musim sejuk. Tengah malam tiba-tiba terasa panas Shahrul dah mula manangis dan meragam kepanasan, terpaksalah kami meutup suis heater dan buka tingkap sedikit barulah teras sejuk cuaca dari luar sangat sejuk seperti aircond menghembus dari luar...baru terlena tidur.
Keesokannya bersarapan di hotel tengok makanan yang boleh dimakan. Makanan tidak begitu sesuai dihotel....pagi seterusnya kami bersarapan dibilik dengan makanan yang dibawa dari Malaysia seperti roti, bubur nasi segera, rendang, serunding, maggie, coklat, biskut dan kopi 3 in 1 segera.
Makanan sahaja setengah bag.....persiapan makanan kita orang Islam kalau nak keluar negara.
Setiap pagi kami keluar dengan kumpulan seramai 25 orang dengan menaiki bas melawat dan makan tengah hari direstoran muslim dan bersolat di Masjid. Selepas lawatan terus makan malam di Restoran Muslim dan terus balik ke hotel.
Begitulah hari kedua dan ketiga dan seterusnya sampailah waktu pulang.
Lawatan pertama ke - Winter Palace yang dikelilingi tasik. Tasik ini semasa musim Winter dijadikan tempat permainan jet ski.
Lawatan Kedua - ketempat urut kaki disini semua yang datang akan dikenakan urut kaki kata percuma tetapi selepas tu minta bayaran terpulanglah berapa yang hendak dibagi tetapi kalau dibagi 5 yuan siap kena leteran. Disini dia orang promote ubat untuk dijual....macam macam dia kata kita ni ada penyakit dan kena ambil ubat yang mencecah 500 yuan hingga ke 2,500 yuan. Kami semua tidak membeli takut nak makan ubat cina. Apa lagi semuanya naik muka marah tak beli ubat mereka.
Lawatan Ketiga - Mendaki Great Wall of China.....ini masanya nak menguji kekuatan semangat boleh ke mendaki ni...aleh aleh mendaki juga tak sampai keatas separuh sahaja nanti takut pula nak turun tangga yang menjunam tu. Shahrul menangis nak juga naik keatas terpaksalah mummy nya temankan dia...bila nak turun barulah dia terasa takut.....macam mana dapat juga naik Great Wall Of China.
Lawatan Keempat - Ke Kilang Sutera cadarnya sampai mencecah 5000 yuan..tak siapa yang nak beli cuma kami beli kain sutera untuk kenangan di Beijing.
Disebelah petang sempat kami ke Kilang Jade - harganya biasa biasa je ada 200 yuan, 500 yuan dan sampai ke 5,000 yuan. Kalau hendak beli tu beli je yang 200 ke 1,000 yuan.
Lawatan Kelima - Ke Kedai Pearl dekat Olympic Stadium....disinilah kenangan pahit yang tidak dapat kami lupakan......sampai terlibat dengan Embassy Malaysia di China.
Ceritanya macam ni sesampai kami dikedai tu...kami dikumpulakan ke dalam satu bilik mendengar penerangan tentang mutiara yang asli dan palsu.
Selepas itu dipanggil teacher nama Nancy yin memperkenalkan diri dia adalah anak tawkey mutiara tu. Selepas penerangan kami dihadiahkan sebentuk cincin mutiara yang harganya lebih kurang 10 yuan. Ceritanya panjang sedikit nanti saya cerita kat post di atas Tajuk Kedai Mutiara di Beijing.
Sebelah petang kami dibawa ke kedai ubat cina Tibet - Disini ada jual koyok yang tampal kat badan tu harganya 200 yuan.
Hari Keenam - Lawatan ke Giant Panda.......pusing sekejap je.
Sebelah petang barulah ke Silk Street - disini puas membeli kalau diletakkan harganya kita tawarlah sampai 10% harganya. Contoh 1000 yuan boleh tawarkan hingga 100 yuan. Pandai menawar dapatlah harha yang murah.
Hari ke tujuh- pagi suboh sudah bersiap untuk pulang ke Malaysia. Semua yang balik bag masing bertambah tambah sudah beranak, dari dua jadi empat.
Waktu balik ke Malaysia kami juga terpaksa transit di Hong Kong dahulu, kali ini lebih lama 2 jam dilapangan terbang Hong Kong.
Sampai di KLIA jam 8.00 malam. Akhirnya sampai dirumah jam 10.30 malam....lama menunggu bagasi.
Sampai rumah kepenatan lengoh kaki maklumlah ikut travel agensi padat dengan jadual lawatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment