Peristiwa seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu bercuti di Beijing.
Dua hari sebelum bertolak pulang ke KLIA....kumpulan kami melawat kedai mutiara di Stadium Olimpik Beijing.
Sewaktu kami sampai ke sana kami semua dikumpulkan ke sebuah bilik dimana kami diberi penerangan untuk mengenali jade asli dan jade tiruan dan begitu juga mutiara asli dan juga mutiara tiruan.
Selepas diberi penerangan kami diberikan hadiah sebentuk cincin mutiara. Kami rasa seronok kerana menyangka cincin mutiara akan menjadi kenangan kepada kami.
Kemudian kami semua dibawa kesebuah bilik pameran dimana tersusun rantai tangan mutiara yang bernilai 2,050 yuan (RM1,025), terbeliak mata kami mendengar harganya.
Kami pada mulanya tidak berminat untuk membeli dengan harga tersebut tetapi kepandaian tektik jurujual yang bernama Miss Nancy Yin yang mengatakan dia anak tawke, harga yang begitu tinggi diturunkan dengan harga yang begitu rendah sekali kepada kami dengan harga 400 yuan (RM200).
Tektik pemasaran Miss Nancy Yin juga membuat dua orang pembantunya membuat tersentak dan tercegang (juga kemungkinan lakonan yang telah diskripkan sebelum itu). Kami semuanya tidak menyedari tektik mereka semua malah terpengaruh membeli rantai tangan tersebut.
Melihat keadaan kami yang ingin membeli mereka mengeluarkan set rantai dengan loket mutiara, subang dan cincin yang berwarna kuning keemasannya dan mengatakan set mutiara tersebut dari simpanan peti besi ayahnya yang berharga 93,000 yuan (RM46,500) selepas itu harga diturunkan menjadi 13,800 yuan (RM6,900) .
Oleh kerana ghairah dengan set mutiara ini dua orang dari kumpulan kami secara kebetulannya telah membeli set yang sama dengan memakai kad kredit.
Hendak dijadikan cerita dua orang yang membeli set mutiara ini pergi kekedai shopping kompleks pada petang yang sama dan bertanyakan harga set mutiara yang sama dengan yang dibeli di kedai tadi. Alangkah terkejut bahawa sebentuk cincin mutiara tadi hanya berharga 600 yuan (RM300) dimana perbezaan harganya ketara sekali. Kalau satu set baru harganya 1,500 yuan (RM750).
Setelah mendengar penjelasan dari juru jual dari kedai dishopping kompleks tadi...masing-masing mulalah tidak rasa puas hati kerana telah tertipu.
Dalam situasi begini mereka semuanya sudah tak ada mood hendak membeli belah dan selera makan dan tidur pun terganggu.
Walau macam mana pun kedua mereka ini mencari jalan macam mana nak dapatkan kembali bayaran kad kredit tadi. Terlintas dikepala mereka untuk pergi ke pejabat Embassy Malaysia di Beijing.
Keesokannya mereka berdua pergi ke Embassy dan melaporkan kejadian tersebut. Petugas Embassy disana sangat perihatin dan melayani mereka dengan baik. Petugas tadi turut serta ke kedai Mutiara di Stadium Olimpik di Beijing untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Apabila sampai kesana mereka dapat berjumpa Miss Nancy Yin dan menjelaskan perkara sebenar tujuan kesana.
Akhir sekali bincang punya bincang dan beberapa kertas kerja proses untuk mendapatkan balik bayaran tadi mengambil masa yang begitu lama juga. Keputusannya pihak kedai tersebut bersetuju memulangkan balik bayaran kredit kepada kumpulan kami tadi dan mengambil set mutiara tersebut dimana ia mengambl masa lebih kurang setengah hari untuk menyelesaikannya.
Walau pun mendapat balik bayaran tadi tetapi suasana percutian menjadi pengalaman seribu satu kenangan buat mereka dan juga kumpulan kami.
No comments:
Post a Comment