Setelah sampai ke rumah dari KLIA, aku membelek-belek surat-surat yang baru diterima. Tertarik dengan satu sampul surat pos laju, aku membuka satu jemputan dari MIDF untuk menghadiri Simposium Usahawan di Matrade.
Kepenatan baru pulang dari Jakarta aku fikir tak perlulah pergi kerana aku belum menjawab kehadiran aku. Semangat ku masih kuat dan aku membuat keputusan untuk hadir juga ke Simposium tersebut yang di rasmikan oleh Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Setelah sampai di Lantai 3 aku terus mendaftar kerana ku tahu nama ku tidak tercatat di senarai. Setelah selamat mendaftar aku terus mengambil minuman untuk sarapan pagi, kerusi hanya sedikit untuk duduk dan ramai peserta hanya minum berdiri. Dalam aku mencari tempat duduk seorang hamba Allah mempelawa aku duduk dikerusi yang masih kosong.
Sambil minum sempat pula hamba Allah tu bertanya "suami tak hadir ke" dan sambil meminta bisness card. Aku pun menghulurkan bisness card yang hanya beberapa keping masih tinggal didalam beg tangan ku.
Selepas minum kami semua dijemput untuk masuk ke dewan. Aku cepat-cepat beredar ingin ku mengambil tempat duduk yang sesuai dan mencari-cari kalaulah ada peserta-peserta yang ku kenal. Semua peserta yang hadir nampaknya semua dah veteran dalam perniagaan, cuma beberapa kerat sahaja seperti aku yang masih merangkak dalam perniagaan.
Aku juga rasa bertuah dapat menghadiri simposium kali ini kerana secara tak langsung aku dapat meraih sedikit sebanyak idea-idea baru tentang perniagaan. Penceramah terdiri dari kakitangan MIDF, SMIDEC dan MATRADE mendedahkan peluang perniagaan dari dalam negeri sehingga ke luar negara.
Simposium berakhir jam 5.30 petang. Aku cepat-cepat keluar dewan kerana ingin mengejar masa kerana ku tahu waktu ini sudah tentu semua orang bersasak untuk pulang dari kerja. Nasib baik tepat jam 6.15 petang aku dah sampai di Kota Damansara. Alhamdulillah......
Setelah dua hari simposium berlalu aku terima panggilan telefon dari hamba Allah bertanya tentang umur aku. Aku tak malu untuk memberi tahu umur ku sebenar walaupun sudah mencecah 55 tahun yang mana layak bersara untuk kakitangan kerajaan tetapi untuk memulakan pernigaan ku rasa masih belum terlambat lagi.
Setelah mengetahui umur ku sebenar dia berkata "Hajah, dah lewat ni boleh ke lagi......." aku terus menjawab "Saya tak mahu mengalah". Setelah tamat perbualan telefon tidak ku sedari mutiara yang ku sayangi selama ni bertaburan jatuh kepipi ku.
No comments:
Post a Comment