Followers

Wednesday, March 25, 2009

Jakarta, Puncak, Bandung.

Aku baru saja pulang dari Jakarta, Puncak dan Bandung selama 5 hari 4 malam. Dengan menaiki pesawat Garuda selama 1 jam 40 minit kami mendarat di Jakarta. Bermalam di Grand Cempaka Hotel dan keesokan nya ke Bandung.
Sebelum ke Bandung kami sempat di bawa melawat Taman Mini Indonesia Indah. Selepas itu barulah kami menuju ke Bandung, perjalanan ke Bandung mengambil masa 5 jam kerana kami melalui jalan Puncak dan singgah dahulu di Taman Safari Bogor Indonesia. Aku tertarik dengan kehijauan dan kesejukan mata memandang di Taman Safari begitu juga dapat melihat haiwan liar secara dekat melalui tingkap bas sepanjang jalan dalam taman tersebut. Pintu dan tingkap-tingkap bas semua dikunci kerana ia sangat merbahaya. Aku sempat mengambi gambar-gambar melalui tingkap cermin.




Selepas melawat Taman Safari kami terus menuju Puncak dan singgah disebuah masjid untuk menunaikan solat. Selepas solat kami terus ke Bandung. Sepanjang perjalanan dikiri dan kanan penuh dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan seperti di Cameron Highlands, Malaysia. Setelah sampai di Bandung kami bermalam di Hotel Topaz. Keesokannya kami mula dibawa untuk membeli belah di Bandung seperti Rumah Mode, Donatello Bags & Shoes Factory dan ke Pasar Baru Trade Centre. Lewat ke senja kami dibawa melawat ke Paris Van Jawa.


Setelah dua malam di Bandung kami pulang ke Jakarta melalui toll highway yang mengambil masa hanya 2 jam sahaja. Di Jakarta kami dibawa ke kawasan shopping paling terkenal di Jakarta, Pasar Tanah Abang dan makan tengah hari Restoran Nasi Padang. Penat membeli belah kami pulang ke hotel untuk bersiap pulang ke Malaysia kesokkannya.
Pagi-pagi lagi kami telah bangun untuk bersiap pulang ke Malaysia. Bas sudah menunggu kami semua untuk ke lapangan terbang Jakarta.


Tepat jam 2.40 petang 22 Mac 2009 aku selamat sampai di lapangan terbang KLIA. Anak ku Shahmunir telah siap menunggu untuk membawa ku pulang ke rumah.

Sewaktu pergi dulu anak ku Shahmuzir, isterinya Normalini juga cucu-cucuku Bilah, Husna dan Faisal sempat menghantar aku ke lapangan terbang KLIA. Aku masih ingat cucu ku Faisal berkata kepada ku "Nak Ikut" dan aku lantas menjawab "Simpan duit kita pergi Umrah" . Itulah impian ku masih bersemangat untuk membawa anak-anak dan cucu-cucu ku semua untuk menunaikan Umrah jika diizinkan Allah ada rezeki dan dipanjangkan umur.

2 comments:

  1. salam,impian untuk ber umrah sama je dgn saya.

    ReplyDelete
  2. terima lawat blog saya.
    rasa tenang ketika berada di mekah dan madinah (umrah dan haji tahun 2005).
    melihat keluarga arab bercuti bersama keluarga rasa tercetus ingin bawa anak dan cucu kesana.

    ReplyDelete