Kini umur ku telah mencecah ke 55 tahun. Banyak perkara telah berlaku yang membuat aku lebih matang dalam kata erti hidup.
Hidup yang banyak dengan segala onak dan duri yang terpaksa ku tempohi. Kenangan silam.... susah, senang, pahit, manis liku-liku hidup ku, masih tercatat dikhazanah memori ku.Walaupun pahit atau manis ia tetap menjadi mainan dalam hidup semua insan. Anggaplah itu sudah menjadi takdir suratan illahi dari yang maha kuasa yang menguji kesabaran setiap insan didunia ini.
Dalam kata erti hidup ini aku tetap bersyukur kepada Allah yang maha kuasa, tuhan pencipta sekalian alam dan makhluk disetiap pelusuk inci dunia ini. Malah aku tetap berdoa semoga hari-hari mendatang akan sentiasa memberi sinaran kebahagiaan dalam hidup ku sekeluarga.
Apabila ku pandang kebelakang kenangan silam...... seolah-olah ia masih baru saja berlaku. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun bersilih ganti.....namun kenangan tetap jadi kenangan yang menyentuh perasaan ku.
Disini ku paparkan serba sedikit foto-foto tersebut untuk tatapan ku..........

Gambar kenangan tahun 2006, 2007 dan 2008:
- Majlis pertunangan puteri tunggal Norshazalina dan Rizal
- Cucu bersantai dihalaman rumah
- Hari Jadi Cucu
- Kenakalan Bila, Husna dan Faisal
- Majlis pertunangan anak saudara Sharifah Nurul Diana dan Shazwan
- Majlis perkahwinan anak saudara Sharifah Nurul Diana dan Shazwan
- Majils Perkahwinan puteri tunggal Norshazalina dan Rizal
Kenangan, biar pahit mahu pun manis, biarkanlah ia di sudut lipatan sejarah kita. Sekali sekala ianya akan timbul membawa nostalgia...
ReplyDeleteMasa berlalu begitu pantas..sedar tak sedar dah 55...terasa baru macam semalam berusia 12 tahun, menunggang basikal sejauh 12 batu pergi dan balik dari Bukit Kuang ke SK Pusat...
Dulu tenaga macam tak tau nak habis...tetapi sekarang makin berkurangan...terasa benar umur dah menuju ke penghujung...
Wah bertuah badan kerana dah bercucu dan bermenantu...
Salam Dato',
ReplyDeleteBila Dato' cakap tunggang basikal....ingat saya masa dulu rasa tak tau penat kayoh basikal.
Cepatnya tua apabila dah jadi nenek. Alhamdulillah... itulah rezeki yang Allah bagi kat dunia ni dan moga-moga mereka dapat doakan apabila dah tak ada didunia lagi.
Saya doakan Dato' cepat-cepat dapat menantu dan cucu. Dapatlah dua kali Dato'.