Followers

Monday, January 5, 2009

Hari Pertama Ke Sekolah

Hari ini Isnin 5 Januari 2009 cucu ku yang pertama Nabilah mula menjejaki kaki ke alam persekolahan yang pertama ke darjah satu. Adiknya Husna dan Faisal dihantar oleh Umminya ke Taska.

Aku menghubungi Umminya ingin mengetahui cerita sebenarnya. Pagi-pagi lagi Nabilah dan adik-adik sudah bangun kerana Nabilah ke sekolah Agama di sebelah pagi dan petang ke sekolah . Aku bertanya macam mana dia ke kantin sekolah. Nasib baik sebelum tu dia sudah mengenali kawan-kawan lama di Taska dan Tadika dapatlah dia membeli makanan bersama-sama kawan dia. Pagi dia makan susu dadih di Sekolah Agama dan petang dia makan sousage di sekolah. Balik ke sekolah kepenatan ...... dan malam lepas solat magrib Umminya pula mengajar mengaji di rumah.

Hai tak taulah bagaimana penatnya Abahnya dan Umminya mengatur jadual kerana masing-masing bekerja.

Ku terkenang kembali sewaktu anak-anak ku masih kecil tujuh orang semuanya. Enam lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah kami suami isteri bekerja, dapatlah mencari rezeki yang halal dibumi yang indah ciptaan Allah yang maha kuasa ini. Walaupun tidak diberi kemewahan tetapi kami bersyukur kerana masih dapat memberi makan minum, pakaian dan pelajaran kepada mereka.

Aku juga masih ingat sewaktu ku ke sekolah darjah satu dulu. Nenek ku Arwah Tuan Saripah menghantar ku sekolah, dia tunggu aku kat sekolah dari tengah hari hingga petang selama seminggu. Selepas tu barulah aku mengikut kawan-kawan ke sekolah dan balik bersama-sama kawan.

Hai nak tahu cerita macam mana kita orang ke sekolah. Kita terpaksa jalan kaki lebih kurang satu batu, dulu tak guna kilometer lagi. Kalau panas ke hujan ke kita terpaksalah bawa payung. Dari rumah ke sekolah terpaksa melalui jalan kampong turun bukit, naik bukit dan kadang-kadang kena jalan kat tanah berdebu.

Satu cerita, waktu ke sekolah aku terpaksa melalui jalan rumah orang gila(madman). Inilah sejarah yang tidak dapat ku lupakan kerana aku selalu dalam ketakutan apabila melalui jalan tersebut. Pernah satu ketika sewaktu aku balik sekolah orang gila tu sedang memegang pisau dan bercakap-cakap sendirian dan memekik-mekik. Nasib baik aku balik bersama-sama kawan yang kakaknya selalu datang mengambil dia balik sekolah. Aku dan kawanku berpegang-pegang tangan tak mahu melalui jalan itu kerana ketakutan. Sebenarnya ada jalan lain tetapi jauh sedikit dan terpaksa melalui jalanraya yang sebok dengan kenderaan.

Ku termenung sejenak memikirkan masa lampau yang begitu cepat sekali berlalu.........

No comments:

Post a Comment