Followers

Monday, December 29, 2008

Setelah 42 tahun berlalu....

Aku bersyukur kepada Allah subhanawataala kerana masih diberi ingatan yang baik. Bukan sahaja ingatan yang baik tetapi aku masih dapat berhubung sebilangan kawan-kawan lama yang bersekolah di sekolah rendah ( waktu itu kami berumur 12 tahun zaman kanak-kanak).

Setelah dapat bertemu Aminah kami berbual panjang. Aku mengunjungi ke rumah beliau dan akhirnya ku bawa dia bermalam ke rumah ku. Bukan setakat itu akhirnya buat dating jumpa diluar sembang-sembang kisah lama kami. Seronok juga kerana kami sekarang masing-masing dah solo dan mempunyai cucu. (Takdir diketemukan dan takdir juga yang memisahkan kita semua)

Setelah aku dapat bercakap melalui telefon dengan Dr. Azhar (bertugas kat Kuantan). Aku hubungi Sakinah (bertugas di Hospital Kemaman) yang berada di Melaka ketika itu bawa famili bercuti.

Sebelum bercakap dengan Sakinah aku dah menghubungi Wan Esah Tun Harun (Pengarah RISDA di Kuala Lumpur) ketika itu sedang berada di Port Dickson urusan kerja.

Setelah mendapat no.telefon Sumiyati (telah bersara awal tahun 2006 dan buat part time mengajar di Kolej Shahputra sekarang ini) dari Sakinah dan menghubungi beliau masa itu dia sedang berehat kat rumah. Dapat juga bersembang lama tanya khabar.

Akhirnya aku dapat bercakap melalui telefon dengan Abu Bakar Kassim (kat Trengganu) Dato' Mohamad Zam Ali (kat Kuala Lumpur) dan Tengku Ramli (kat Trengganu).

Aku bersyukur mendengar berita dari kawan-kawan lama kerana mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Aku pernah jumpa Rohani Mohamad kat Kemaman lebih kurang lima tahun lepas(masih kat Kemaman )

Moga-moga Allah ketemukan kita semua kembali jika dizinkan.........

No comments:

Post a Comment