Setelah sekian lama ku tidak mendengar berita dari kawan-kawan sejak meninggalkan darjah 6 pada tahun1966 kerana masing-masing telah menyambung pelajaran ke sekolah menengah yang berlainan. Pada akhir tahun 2008 setelah ku berhubung dan menemui dengan Aminah Ismail (Ami) ketika dulu dia adalah kawan rapat ku di SK Pusat Kemaman. Dulu aku kerap kerumah dia dan menemui ibunya (ma) kini telah kembali kerahmullah - Alfatihah.
Muncullah beberapa nama dan aku masih ingat kerana menatap kembali gambar sewaktu darjah enam tahun 1966 di blog RoyalTLady. Aku mula menghubungi mereka kembali.
Pertama - Dr Azhar Idris (bertugas di Kuantan dan sekarang menetap di Kemaman).
Kedua - Wan Esah Tun Harun (Pengarah di RISDA Kuala Lumpur sekarang tinggal diSerdang).
Dr. Azhar Idris juga telah menghubungi Sakinah Choya di Hospital Kemaman.
Semoga usaha kami untuk menemui kembali kawan-kawan lama yang terpisah lebih 40 tahun dimakbulkan Allah jua.
No comments:
Post a Comment