Followers

Saturday, December 20, 2008

Penghargaan Yang Tak Ternilai Buat Ku

Pada tanggal 4 Disember 2008. Sewaktu mencari nama ku di Google terpandang dengan tulisan Sharifah Aminah Syed Zubir I met........... dan nama Dr.Azizah Harun..... . Lantas cepat-cepat membuka blog tersebut. Terpandang gambar kenangan waktu sekolah rendah di SK Chukai dan SK Pusat Kemaman, Trengganu.Itulah yang ada pada nama dan suatu penghargaan yang tak ternilai buat ku. Bangga mempunyai kawan seperti RoyalTLady yang telah menulis kenangan lama beliau di blog tersebut. Secara tak langsung terurailah kerinduan silam seolah-olah masih baru berlaku pada ketika ini.Dengan tak berlengah lagi terus memberi komen dalam blog beliau. Alangkah seronoknya dapat balasan. Perjumpaan kami adalah hadiah dari yang maha kuasa Allah pencipta seluruh alam pada hari jadi Ami ke 54.Alangkah sebabnya hati ini Allah yang punya kuasa perjumpaan dan perpisahan itu telah tercatat dan telah ditentukan Allah. Termenung sejenak....... setiap kelahiran kita telah tercatat segala-galanya Jodoh, Ajal Maut itu di tangan Allah. Aku hanya insan yang lemah memohon kepada mu Allah semoga keburokan, kejahatan itu kau gantikan dengan keindahan dan kebaikan. Segala ujian mu itu adalah untuk aku lebih mendekati dengan engkau Allah yang maha kuasa.
Betapa indahnya alam ini...
Ingin ku hidup buat selama-lamanya....
Tapi sinaran matahari tetap berganti malam....
Kau berikan aku sesuatu yang indah.....
Kau ambil kembali dalam hidup ku....
Tapi apabila kau serahkan kepada ku....
Ku terima jua kerana sudah ditentukan untuk aku...
walaupun itu hak orang lain...
Tapi kuasa ditangan mu ..
Kau pisahkan kembali dalam hidup ini.....
Kerana ujian mu yang amat besar untuk
ku harungi lautan yang dalam.....
Sebelum menutup mata biar ujianmu
Dapat ku harungi dengan kekuatan Imam
Hanya Imam yang ada
untuk bekalan menuju
Keindahan alam ....Syurga.....

No comments:

Post a Comment