Aku terkejut dari tidur terdengar bunyi pintu ditutup. Aku sangkakan anak ku dan teruskan tidur ku.
Tiba-tiba pintu bilik ku diketuk dan aku terus membuka pintu. Alangkah terkejutnya melihat orang bertopeng menolak pintu bilik ku, aku menolak balik tetapi apabila aku melihat anak ku Shahizwan, anak saudara ku Farah dan Syikin diluar aku buka kembali.
Penyamun ketiga-ketiganya Indonesia dua bertopeng dan seorang lagi tidak bertopeng meminta aku diam. Mereka mengambil tali dan mengikat tangan ku dan meminta diam.
Rantai tangan yang ku pakai diambil dan menyuruh aku diam kerana dia hanya hendaklah wang. Barang kemas yang ada diatas meja solek ku habis dikebas dan beg tangan ku digeledah habis wangnya diambil.
Almari dan laci dibuka satu persatu ingin mencari wang dan barang kemas. Aku merayu kepada mereka sudahlah kerana semuanya yang dikehendakki telah diambil. Handphone semua diambil.
Lebih kurang setengah jam berada dirumah mereka beredar kerana aku mengatakan anak ku akan balik sekejap lagi dalam jam 5.00 pagi. Mereka bergegas cepat-cepat keluar dengan memanjat pagar rumah ku.
Aku juga masih bersyukur kerana tiada kecederaan hanya mereka mengambil barang-barang kemas ku, wang dan handphone.
No comments:
Post a Comment