Followers

Tuesday, April 14, 2009

Resah, gelisah........

Pagi-pagi lagi hujan gerimis membasahi rumput yang telah layu kerana sekian lama kepanasan disiang hari. Setelah meneguk secawan teh o aku duduk di sofa diluar rumah ku. Sambil duduk ku pejamkan mata untuk menenangkan fikiran mengenangkan nasib malang yang menimpa diri ku ibarat jatuh ditimpa tangga.

Walaupun ujian demi ujian ku tempuhi ia tetap menjadi cabaran hidup ku untuk menguji kekuatan dan semangat ku untuk terus hidup. Inilah dinamakan hidup selagi bernafas selagi itulah cabaran, dugaan pasti dialami setiap insan....

Hari semalam aku telah dihubungi Inspektor Nik untuk hadir ke Pondok Polis Mutiara Damansara. Dia mengingatkan aku supaya datang jam 2.30 petang atau sehingga dia hubungi ku.

Selepas solat zohor aku, Syikin dan Farah terus ke pondok polis. Aku tidak merasa lapar dan tidak ada selera nak makan tengah hari tu. Sampai di pondok polis hujan mulai turun nasib baik ada payung di kereta ku.

Sampai disana aku terpaksa menunggu kerana masih ada pengadu yang masih belum selesai urusan seperti aku. Lebih kurang 15 minit sampailah giliran ku. Aku diminta membuat pengecaman wajah. Masa mengambil begitu lama juga kerana jam 5.30 petang barulah selesai.

Selepas keluar dari pondok polis perut ku tersangat-sangatlah lapar kerana dari pagi aku hanya mejamah sekeping roti bawang dan teh tarik di restoran Jom Soro. Selepas kejadian samun dirumah ku, aku kurang berselera makan kerana terlalu mengenangkan peristiwa tersebut yang membuat aku resah, gelisah dan sukar untuk melelapkan mata.

Aku meninjau restoran disitu dan ternampak restoran mama dede dan lantas aku kesana untuk menjamah apa yang ada. Sampai disana aku makan pengat keladi, berselera juga rasanya kerana sememangnya waktu petang-petang aku suka menu begini. Selepas makan sempat juga aku membawa pulang bubur kacang dan pengat pisang untuk anak-anak dirumah.

No comments:

Post a Comment