Followers

Tuesday, May 12, 2009

Hari Ibu

Selamat hari ibu buat ibu ku tersayang Sharifah Z
Selamat hari ibu buat semua ibu-ibu yang membaca coretan pena ku ini.

Betapa besarnya pergorbanan seorang ibu mengandungkan bayi selama 9 bulan 10 hari. Membawa kesana kemari anak yang dikandung, menjaga makan dan minum agar kandungan selamat ke hari kelahiran. Terpaksa menempuh sakit perit dan kesusahan sewaktu melahirkan hanya seorang yang bergelar ibu sahaja yang dapat mengalami dan merasainya. Apabila lahir sahaja bayi yang dikandung kesakitan hilang terbayang kegembiraan kerana melihat anak kesayangan lahir kedunia ini ibarat kain putih yang putih bersih. (Hanya masa dan waktu sahaja yang mencorakkan mereka samada putih atau hitam)

Apabila menjadi ibu, bukanlah senang untuk menjadi seorang ibu mendidik anak untuk menjadikan seorang manusia yang berjaya. Walaupun dalam keadaan susah atau senang seorang ibu tetap ingin melihat anaknya berjaya.

Sempena hari ibu bulan Mei ini aku selamat menerima kahadiran sepasang cucu yang dilahirkan oleh menantu ku dengan bayi puteri dan anak perempuan ku dengan bayi puteranya.
Betapa gembiranya aku melihat menantu dan anak ku menjadi ibu. Aku sentiasa berdoa agar mereka menjadi ibu yang dapat menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang berjaya didunia dan diakhirat.

No comments:

Post a Comment