Followers

Thursday, July 19, 2012

Kelahiran cucu ke Tujuh Ridhwan Ameeruddin

Kelahiran cucu ke tujuh dari anak ke tujuh Ridhwan Ameeruddin bin Shahizwan. Saat saat kelahirannya tanpa diduga ayahnya Shahizwan tidak dapat bersama ibunya Rafidah kerana terpaksa berjauhan kerana mengalami "Chicken Pox" dan bercuti selama 14 hari (dua minggu).

Betapa sedih seorang isteri yang sedang tenat untuk melahirkan bayi pertamanya tanpa suami disisi. Sesungguhnya Allah itu maha kuasa dan bijaksana memberi dugaan dan ujian kepada hambanya yang redha menerima segala ujian diatas dunia ini. Berkat kesabaran itu ada hikmah disebaliknya yang tersembunyi.

Betapa sedihnya kita melihat keadaan mereka. Berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Walaubagaimana pun kita berdoa segala ujian dan dugaan itu amat besar erti pengorbanan bagi mereka. Semoga Anak ku Shahizwan dan menantu ku Rafidah cekal menerima ujian dan dugaan tersebut.

Wahai anak anak ku tabahkanlah menempuh segala ujian dan dugaan didunia ini. Kadang kadang kita rasa diri kita sudah banyak menerima ujian dan dugaan yang kita tempohi......Sebenarnya ada lagi manusia...INSAN lain yang menerima lebih lagi banyak ujian dan dugaan dari kita. Redha dan ikhlas menerima ujian dan dugaan dari Allah SWT.....InsyaAllah ada kelebihan ganjarannya diakhir nanti......

Selepas dua minggu mereka bertemu dan mengadakan majlis Akikah dan Cukul Jambul Ridhwan Ameeruddin. Ku doakan anak anak ku, semua menantu dan cucu cucu semua sihat dan hidup berbahagia hingga ke akhir hayat.........InsyaAllah......AMIIN..............



No comments:

Post a Comment