Followers

Friday, September 3, 2010

Rawatan Aurasyifa

Pada akhir bulan Ogos yang lepas aku telah menghadiri preview Rawatan Aurasyifa di Hotel De Palma Shah Alam.

Sebelum menghadiri preview tersebut aku membuat rawatan dengan Puan Khira dan Encik Kamal. Semasa rawatan aku tertanya-tanya dan mencuba sendiri diri ku untuk menghayati minda bawah sadar.

Minda Bawah Sadar ini adalah: 12% minda kita sendiri dan 88% adalah minda orang lain yang kita programkan. Jika diamalkan kita mampu scan seseorang atau sesuatu baik yang dekat mahu pun yang jauh.

Setelah pulang dari preview aku mulalah ingin memperaktikkan apa yang dipelajari. Alhamdulillah aku dapat merasakan sesuatu yang sebelum ini tidak terlintas langsung difikiran ku perkara ini boleh berlaku.

Secara tidak langsung aku dapat merawat diri ku sendiri dan kawan kawan rapat yang ingin meminta pertolongan.

Kita manusia hidup ini ada bermacam macam masalah:

1. Masalah suami isteri yang tidak bersefahaman dan suka bergaduh.
2. Masalah anak degil tidak mahu mendengar nasihat ibubapa.
3. Masalah diri sendiri yang selalu gagal dalam kerjaya.
4. Masalah hutang, piutang lari dan tidak mahu membayar hutang.

Syukur apa yang dipelajari sekurang kurangnya dapat menghidupkan nilai nilai positif dalam diri ku. Dapat membuangkan emosi negatif, kurang berkeyakinan dalam hidup, murung dan selalu patah hati.

1 comment: