Followers

Wednesday, February 2, 2011

Detik 3 Februari 2011

Tanggal 3 Februari 2011 adalah tarikh usia ku mencapai 57 tahun.

Aku bersyukur kepada Allah yang maha kuasa kerana diberi masa untuk ku meneruskan hidup dialam maya ini dengan keadaan yang sihat sejahtera.

Detik jam melepasi 5 minit jam 12.00 malam sambil masih menonton televisyen bersama anak bongsu, anak perempuan dan cucu Shahrul masih belum tidur dan menantu Syikin. Tiba tiba Iwan anak bongsu ku mengucapkan "HAPPY BIRTHDAY MAK" sambil menghulurkan tangannya dan aku terus memeluk dan menciumnnya. (dalam hati ku berkata wah tak sabar agaknya untuk melafazkan nya kepada ku)
Selepas itu diikuti anak perempuan ku Shazalina dan Syikin menantu ku. (Semuanya menghulurkan tangan dan begitulah juga aku terus mendakap dan mencium mereka tanda kasih sayang kami antara satu sama lain)

Pada jam 1.00 tengah malam, mata ku masih tidak terlelap lagi dan tangan ku terus mencapai telefon bimbit untuk menyemak samada masih ada mesej yang belum dibaca. Tiba tiba ada mesej yang baru diterima dari seorang kenalan yang bagitu rapat dan baik dengan ku menghantarkan mesej "SELAMAT HARI JADI, SEMOGA ALLAH BERKAT UMUR SEPANJANG TAHUN, KESIHATAN, KEKAYAAN DAN KESEJAHTERAAN". (masih ada orang yang masih mengingati ku untuk mengucapkan pada saat itu)

Alhamdulillah semoga mesej yang disampaikan akan memberi seribu RAHMAT lagi dari ALLAH s.w.t.yang maha kuasa kepada beliau. Setiap doa yang terbaik hamba Allah kepada seseorang akan diberi ganjaran yang berlipat ganda terbaik lagi kepadanya. Amin....Amin...Amin....

Aku sentiasa bermohon dan berdoa kepada Allah meningkat usia ku, meningkatlah amalan ku, meningkat ilmu ku, meningkat kesejahteraan ku, meningkat kebahagiaan ku dan meningkat jumlah menantu dan cucu cicit ku. Sebenarnya itulah kekayaan yang Allah limpahkan kepada ku dengan anak anak yang baik dengan kejayaan yang cemerlang dan terbilang dan begitulah seterusnya untuk diwarisi oleh cucu dan cicit dan generasi akan datang. Amin.....

Semoga Allah selalu meluangkan jalan jalan yang lurus untuk kami semua.

2 comments: