Dunia berputar siang ke malam dan malam ke siang, tidak berhenti henti, kalau berhenti kiamatlah jawabnya.
Usia hari demi hari bertambah dan terus bertambah, dari seorang bayi kepada kanak kanak dan meningkat remaja. Akhirnya kini aku bergelar seorang ibu kepada tujuh anak yang telah meningkat dewasa. Syukur alhamdulillah senang rasanya hati melihat mereka hidup dalam keadaan sihat walafiat, selamat dan pandai menilai ragam helah didunia ini.
Kini aku juga bergelar seorang nenek (TOK) kepada lima orang cucu yang comel comel:
Nabilah sudah bersekolah darjah tiga, tinggi lampai, comel nampaknya berwatakan pendiam, banyak bersabar atas kerenah adik adiknya. Kalau tidak tahan menyimpan perasaan air mata akan mengalir dipipinya. Sensitif tidak mahu bercakap banyak kerana berdiam itu agak lebih baik baginya.
Husna sudah bersekolah darjah satu. Comel berambut panjang lurus. Tidak suka menyimpan perasaan, sifat berani, kreatif dan petah bercakap. Apabila sampai kerumah tak sabar untuk memberi kad ucapan selamat hari lahir yang direka dan dibuat sendiri. Itulah dinamakan kreatif.
Faisal baru empat tahun, comel putih melepak dan gebunya sekali. Walaupun yang lain putih, putih tetapi dia ni lelaki tidak mengalah dengan perempuan siap berlesong pipit di kedua belah pipinya. Apabila beli baju baru mesti nak pakai dan tak sabar sabar nak tunjukkan kepada ku, tak bagi uminya basuh selagi tidak tunjukkan kepada toknya. Faisal berkata " Umi, nak pakai baju baru ni, nak tunjuk ke tok, nanti tok kata: terkejut aku". Apabila Abahnya bercerita kepada ku, perkataan itulah yang membuat kejutan bagi diri ku.
Jannah dan Shahrul, Comel comel sekali, kedua duanya sudah berusia satu tahun lapan bulan cuma perbezaan seminggu sahaja. Mereka berdua sudah pandai berlari dan bercakap, apabila duduk berdua, pandai bermain suap menyuap antara satu sama lain dan cium mencium, sifat kasih sayang antara mereka berdua.
Aku rasa bersyukur kerana masih hidup sihat walafiat dan dapat menikmati dan melihat di depan mata ku sendiri mereka itu (cucu cucu) hidup membesar.
Itulah kenikmatan dan kebahagiaan hidup seseorang ibu, nenek dan datuk yang diluar sana. Alangkah bahagia dan nikmatnya hidup ini dapat melihat anak anak, cucu cucu yang hidup sihat walafiat dan aman bahagia.
Seronoknya dah jadi nenek...kami masih menunggu saatnya..entah bila akan datangnya...
ReplyDeleteAl Fatihah... semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.. Aamiinn..
Deletealhamdulillah syukur. Allah maha kuasa, satu hari nanti sampai juga akhirnya. Saya doakan cepat dapat menantu, mudah2an tahun ini ada berita makan nasi minyak, dapatlah kami ke kemaman menjamu selera nanti.
ReplyDelete