Hari raya tahun ini aku telah becadang untuk pulang beraya bersama BONDA tersayang di Kampong Chendor, Kuantan.
Dua hari sebelum hari raya. Selepas berbuka puasa hari Ahad aku bersiap mengemaskan barang barang keperluan ku untuk balik ke kampong. Sambil mengemaskan barang dan mengisi beg ke dalam kereta Honda, anak ku Shazalina tersenyum melihat telatah anaknya Shahrul yang tidak sabar terus menaiki kereta sambil duduk dihadapan sebelah pemandu. "Seronoknya dia tak sabar sabar nak naik kereta Pak Ngahnya" (aku berkata)
Setelah barang dan beg telah dimasukkan ke dalam kereta. Kami berlima, aku, anak ku Shahirman, Shahmunir, Shazalina dan cucuku Shahrul terus masuk kedalam kereta dan kami bertolak jam 10.30 malam. Cuaca mendung sedikit dan hujan renyai renyai.
Walaupun nampaknya kereta tak begitu banyak tetapi apabila kami berhenti di Petronas dekat Lanchang untuk membeli minuman, Shahirman terpaksa beratur panjang untuk ke kaunter bayaran. (Aku ingat ingat lebih kurang 40 minit menunggunya)
Sepanjang perjalanan aku kadang kadang terlena maklum sajalah apabila duduk di tempat duduk belakang mata ku mulalah nak pejam. Shahrul yang diriba mummynya menyanyi mengikut alunan lagu Maher Zain lama lama hilang terlena dalam dakapan ibunya.
Akhirnya kami sampai ke rumah Bonda ku jam 1.30 pagi.
No comments:
Post a Comment