Followers

Wednesday, September 14, 2011

Majlis Perkahwinan Shahizwan di Johor Bharu

Kepulangan ku dari kampong Chendor setelah berhari raya Aidilfitri bersama Bonda ku tersayang juga adik beradik membawa kenangan seribu kenangan. Kami sempat bersua antara satu sama lain bagi melepaskan rindu masing masing.

Setelah penat dalam perjalanan dari Kota Damansara ke Kuantan dan berehat beberapa hari. Kami sekeluarga bersiap siap pula untuk ke Johor Bahru bagi menghadiri majlis pernikahan dan persandingan anak bongsu ku Shahizwan.

Sebelum itu kami telah menempah Homestay di Taman Perling Johor Bharu untuk selama satu malam sahaja. Suasana disana ibaratkan kami sekeluarga bercuti diluar bersama sama keluarga sambil menerima seorang tetamu khas yang akan menjadi sebahagian daripada keluarga kami (Rafidah).

Majlis pernikahan diadakan pada hari Jumaat dan majlis persandingan (kenduri sebelah pengantin perempuan) diadakan pada hari Sabtu. Selepas majlis pada hari Sabtu sepatutnya kami pulang selepas magrib. Kebimbangan perjalanan yang jauh kami mengambil keputusan untuk menambah lagi satu malam tinggal di homestay. Seronok juga kami malam itu sama sama menjamu Nasi Berkat dari keluarga pengantin perempuan..

Keesokannya kami bertolak dari Johor Bharu jam 11.30 pagi, singgah di R&R Air Keroh untuk bersolat dan makan tengah hari.  Apabila sampai di Lebuhraya dekat Seremban lalulintas begitu sesak sedikit. Kami sampai di Kota Damansara jam 4.20 petang.


No comments:

Post a Comment