Biar Putus Kasih Jangan Putus Rokok
Kenangan Silam:
Aku masih ingat - tidak suka sangat orang merokok tetapi dapat suami
yang kuat merokok. Nasihat demi nasihat tidak diindahkan oleh suami.
Dia pernah perkata biar putus kasih jangan putus rokok.
Apa yang diucapkan menjadi kenyataan kerana akhirnya putuslah kasih
seperti yang dipinta. Apa yang diucapkan kadang kadang seperti doa
(Allah kabulkan permintaan itu).
Akhirnya putuslah kas...ih dia antara kami anak anak yang ketika itu masih memerlukan kasih sayag seorang ayah.
Saat saat pemergiannya masih ku ingat: "Apabila aku tiada nanti jagalah
didiklah anak anak ..........." dia berpesan begitu mendalam maknanya.
Aku hanya mampu mengangguk dan mengalirkan air mata.
Walaubagaimanapun aku masih mengharapkan Allah memanjangkan usianya
agar aku dan dia dapat bersama-sama mendidik anak anak ke jalan yang
diredhai Allah swt.
Aku masih memberi semangat kepada dia dan
berkata " Minta pada tuhan agar sihat dan panjangkan umur kuatkan
semangat, anak anak masih kecil". Aku seolah olah merayu kepadanya.
Apabila mendengar ucapan ku dia tersenyum, selang beberapa hari dia
sihat kerana dia mampu melawan kesakitan yang dialami barah kelenjar.
Selepas tiga bulan penyakitnya datang kembali, kali ini ia datang begitu mendadak sakitnya semakin terok.
Walaupun bermacam macam ikhtiar telah diusahakan seperti berubat secara
tradisional dan sebagainya tetapi semuanya kehendak Allah yang maha
kuasa setiap saat Allah tentukan Jodoh Ajal Mautnya , kalau Allah
hendak jadi maka jadilah.
Sewaktu dikatil hospital Kuala Lumpur sempat dia berkata "Sakit ku ini sebab merokok".
Setelah bertarung sakit selama empat tahun, sekejap sakit sekejap
baik, akhir dia menghembus nafasnya yang terakhir pada 20 Mei 1990.
No comments:
Post a Comment