Apakah dinamakan cinta sejati: Indah bunyinya, sukar dan rumit untuk dirialisasikan. Hanya cinta kepada Allah cinta yang paling Agong kekal selamalamanya hingga kemati.
Inilah dinamakan lumrah hidup: Setiap yang hidup dan bernyawa tidak terlepas dari keinginan untuk menikmati kasih sayang, cinta ikhlas dan sejati.
Suatu ikatan cinta sejati adalah sehingga membawa kejinjang pelamin dan alam perkahwinan.
Dalam menghadapi alam rumahtangga baik suami atau isteri perlu bersabar menempoh segala badai dan gelombang hidup kerana ada waktunya bak air ada pasang dan surutnya.
Suami isteri perlu sabar dan memahami isi hati masing masing, jangan ada sengketa dan cemburu buta yang melulu tidak tentu pasal.
Andainya ada sedikit masaalah segeralah dibawa berunding antara hati ke hati dan perlu ikhlas dan tulus sehingga tiada menyimpan sesuatu burok sangka antara masing masing.
Sekiranya ada fitnah yang melanda, segeralah bersemuka antara hati ke hati bagi menyelesaikan perkara yang rumit, kusut dapat diungkai dengan sebaiknya.
Mudah mudahan bahtera alam perkahwinan dapat dinikmati kemanisannya sehingga penghujung hayat.
Followers
Monday, December 5, 2011
Cinta Sejati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment