Betapa seronoknya aku melihat telatah sepasang cucu. Jannah kini berusia empat bulan dan Shahrul kurang lapan hari empat bulan.
Melihat perkembangan mereka Jannah seminggu lebih awal meniarap dan selepas itu dikuti Shahrul. Apabila berbaring berdekatan masing-masing berpegang tangan dan saling menarik tangan pasangannya.
Kami sekeluarga ketawa melihat telatah mereka berdua. Melihat bayi membuat kita lupa kesedihan, kesusahan, kerunsingan dan hilang segala masalah kita.
No comments:
Post a Comment