Followers

Monday, September 28, 2009

Ramadan Berlalu Syawal Menjelma

Ramadan berlalu Syawal menjelma, aku memandang kebelakang yang tidak mungkin akan kembali lagi, walau pun setiap saat.

Masa berlalu begitu cepat, hari ini mungkin lebih baik dari hari semalam dan hari esok mungkin akan lebih baik dari hari ini. Itulah harapan kita semua agar hidup ini lebih memberi makna kepada kita semua.

Kita hidup mesti berusaha jangan mengharapkan kepada takdir sahaja, walaupun suratan qada' dan qadar itu telah termaktub sejak kita dilahirkan. Usaha dan doa juga boleh merubahkan keadaan hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Pagi Syawal aku dan anak-anak yang pulang bersama-sama ke kampong, ummi adik-adik dan anak-anak saudara bersiap-siap lebih awal ke masjid baru di Kampong Chendor untuk menunaikan solat sunat aidilfitri.

Setelah selesai bersolat kami terus menziarahi pusara ayahanda yang bersebelahan dengan masjid. Hanya doa kami adik beradik untuk disampaikan kepada arwah Ayahanda tersayang Syed Zubir. Semoga rohnya dicucuri rahmat amin......


Sempena Aidil Fitri tahun ini saya memohon Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment