Followers
Monday, September 7, 2009
Hobinya Kereta
Apabila datang ke rumah ku, Faisal cucu ketiga dari anak pertama ku akan menuju ke motor tolak mainannya. Motor ditolak dengan kakinya dan membuat aksi seperti orang memandu motor.
Apabila puas bermain dia akan bertanyakan mana Pak Su atau Pak Ngahnya untuk mendapatkan kereta koleksi bapa saudaranya.Pintu Pak Ngah atau Pak Su akan diketuk untuk mendapatkan kereta mainan. Kalau tidak dapat kereta lihat gambar kereta dalam buku, majalah atau komputer pun sudah cukup baginya.
Sekiranya aku keluar membawa dia untuk membeli keperluan harian, dia akan menuju ke tempat kereta dan memilih untuk dibelikan. Begitu juga kalau bapanya atau aunti Na nya bawa dia keluar terpaksalah juga membeli kereta mainan idamannya.
Koleksi keretanya sudah mencecah 30 buah dari sekecil-kecil hingga ke besar-besar (remote kereta) dan ada yang sudah rosak.
Lihatlah betapa seronoknya apabila melihat kereta dihadapannya. Begitulah reaksi Faisal kerana hobinya pada kereta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment