Dua hari yang lepas aku dan anak bongsu ku Iwan pergi ke Restoran Ikan Singgang untuk minum petang.
Aku menjamu pengat keladi dan Iwan bubur caca. Sedang menikmati hidangan aku berhenti seketika. Tiba-tiba aku terdengar Iwan berkata "cepat sikit mak", aku pun cepat-cepat menyambung hidangan ku dengan cepat untuk menghabiskannya cuma tinggal kuahnya sesudu dan secubit keladi yang tinggal di atas sudu. Aku pun berhenti.
Iwan tergelak, aku bertanya "kenapa Wan?". Iwan menjawab "macam tak nak bagi je, makan sampai habis cepat pulak tu....".
Rupanya aku tersilap dengar apa yang dikatakan oleh Iwan. Sebenarnya Iwan menjelaskan kepada ku yang dia berkata "nak sikit mak" sangkaan ku cepat sikit sebab sebelum ni dia berkata nak cepat untuk ke kelas dia di Shah Alam.
Mendengar penjelasan dari Iwan, aku dan Iwan ketawa berdekah-dekah kerana salah pendengaran dan pengertian. Aku berkata " kalaulah Wan budak kecik cakap belum fasih dan pelat lagi tentulah menangis wah..wahhh..".
Apabila malam, aku menceritakan kejadian tadi kepada Lina dan Farah. Kami ketawa lagi bertiga berdekah-dekah.
No comments:
Post a Comment