Followers

Tuesday, January 5, 2010

Sudah tak mahu "baby sit"




Apabila melihat kenalan cucu cucu ku teringatlah zaman zaman dulu sewaktu anak masih kecil kecil.

Anak lelaki berbeza kenakalannya dari anak perempuan. Aku terpaksa bersabar untuk membesarkan mereka. Mana tak kena sabar untuk membesarkan enam hero hero dan satu sahaja puteri ( itu pun terikut ikut telatah hero hero tu).

Zaman sekarang ni budak kecil kecil tu apabila kita memandu, dia pun sama nak memandu.

Shahrul cucu ku, selalu dibawa ke sana sini dan mula tak mahu duduk atas "baby sit". Terpaksalah diriba sewaktu memandu, kalau dekat dekat bolehlah, jauh kenalah juga paksa letak atas "baby sit". Telatah ni samalah juga dengan Faisal cucu yang seorang lagi tu, asyik nak pegang steren saja.

Hai zaman sekarang, kalau kita pandu kapal terbang, dia pun samalah juga nak mencubanya. Itulah kecil kecil semua nak "explore" tetapi awas jangalah "explore" yang bukan bukan. Biarlah kita mengawasi untuk dipelajari benda yang baik baik agar menjadi anak bangsa yang cemerlang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment