Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan sumbanglah dia. Begitulah hidup jika tidak berilmu diibaratkan perahu tiada berkemudi.
Bayi selepas dilahirkan akan diazan ke telinganya. Ibu akan mendodoikan anaknya dengan lagu lagu nasihat, seperti timang tinggi tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab. Begitulah anak kecil diasuh dari kecil dengan ilmu yang berguna supaya besar nanti akan menjadi manusia berguna dapat menerangi hidup ini.
Setelah dewasa banyak cabaran dan dugaan yang kita lalui. Kadang kadang kita berjaya, kadang kadang jatuh tersungkur. Jatuh bangun hidup kita itu adalah menjadi asam garam hidup di dunia.
Kalau sudah berjaya alhamdulillah, itu rezeki yang dianugerahkan oleh Allah bahagialah hidup kita. Kalau bahagia di dunia, biarlah bahagia diakhirat.....
Hidup kita, kadang kadang tidak di sangka sangka. Kita ingatkan panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah hari.
Sebelum terlewat biarlah kita bersedia payung sebelum hujan. Nasib manusia tidak sama dan janganlah disalahkan kepada takdir. Sebenarnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu tetapi kaum itulah yang mengubah nasibnya sendiri.
Sebenarnya aku sudah lama ingin mengikuti seminar rahsia tarikh lahir yang dikendalikan oleh Dr Azizan. Ingin mengetahui rahsia manusia yang dilahirkan ke dunia ini ada rahsia disebaliknya.
Sebenarnya setiap kejadian yang dijadikan oleh tuhan Allah subhanawataala ada rahsianya disebaliknya hanya Allah yang maha mengetahui. Itulah yang kita perlu pelajari,( tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina ). Negeri Cina kan luas negerinya itulah diibaratkan ilmu itu luas dan mendalam sekali.
Pada 30 Januari 2010, akhirnya aku dapat juga menghadiri Seminar Kenali Potensi Diri 2010 yang dikendali oleh Dr.Azizan di Shah Alam.
Dari situ dapat juga aku mencedok serba sedikit kelebihan dan kekurangan diri aku. Sesunggunya diri ku ini masih lagi kehausan ilmu yang patut ku timba demi menuju kejayaan dan cita cita hidup ku yang masih lagi berkekurangan.
No comments:
Post a Comment